PRODUK AL-BAGHDADI UAC


SET LENGKAP TEKNIK AL-BAGHDADI

Buku Tahmid Al-Baghdadi

Merupakan Bahan Kemahiran Asas Membaca Al-Quran yang mengandungi 11 bab pembelajaran yang menekankan 6 prinsip asas yang perlu dikuasai oleh seseorang bagi membolehkannya membaca Al- Quran. Antara asas-asas tersebut adalah ;
  • Keupayaan  mengenal dan membaca 29 huruf hijaiyyah dengan baik.
  • Kemampuan membaca tanda baris asas bacaan (Fathah, Kasrah dan Dhommah).
  • Kemahiran menguasai tanda bacaan baris dua (Tanwin).
  • Keupayaan mengenal dan membaca tanda bacaan panjang (Mad).
  • Kemampuan membaca tanda baris mati (Sukun). 
  • Kemahiran menguasai tanda bacaan berganda (Sabdu).

Buku Tajwid Al-Baghdadi

Merupakan siri pelengkap kepada Tahmid Al-Baghdadi yang mengandungi 10 bab pembelajaran yang menekankan asas dan amali di dalam pembelajaran dan pengajian tajwid Al-Quran. Menumpukan kepada pengenalan asas bacaan dan asas hukum tajwid secara ringkas dan mudah dengan menjauhkan para pelajar daripada hafalan teori ilmu tajwid yang agak kompleks. Pendekatan ini diharapkan dapat memberikan kesan yang lebih kepada seseorang yang ingin menguasai asas dalam Al-Quran dalam tempoh yang singkat.  


Set Alat Ketuk

Alat bantu mengajar yang direka khas untuk tujuan memberikan kesan yang lebih baik di dalam proses pembelajaran Al-Quran. Teknik ketukan didapati mampu mendisiplinkan para pelajar bagi menguasai bacaan lebih fasih dan tertib serta mampu melahirkan pembaca yang berdisiplin di dalam bacaannya. Terdapat pelbagai teknik yang diaplikasikan di dalam buku Tahmid Al-Baghdadi antaranya ialah Teknik Bacaan Berirama, Teknik Titian Unta dan Kaedah SAS(Struktur, Analisis, Sintesis).   



Kad Al-Baghdadi 
Mengandungi :
  • 312 keping Kad Al-Baghdadi bagi 11 kelompok pembelajaran asas Al-Quran.
  • Buku panduan lengkap untuk guru dan ibubapa termasuk 12 permainan kreatif.
  • Blue Tack bagi mempelbagaikan aktiviti permainan.

Kit Box
Mengandungi 2 dadu, 4 bean bag bagi Aladin playtime.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan